Yuran Keahlian

Bayaran Keahlian dan Yuran Bulanan

1. Bayaran Pendaftaran Keahlian dikenakan sekali sahaja bagi setiap ahli baru adalah sebanyak RM3.00 (Tiga Ringgit Sahaja).

2. Selain dari itu, semua ahli biasa dikenakan yuran bulanan berdasarkan kepada kadar seperti berikut :-

i) Kumpulan Pengurusan Tertinggi

Jusa C dan ke atas - RM15.00 (Lima Belas Ringgit Sahaja).

ii) Kumpulan Pengurusan dan Profesional

Gred 41 hingga 54 - RM10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja)

iii) Kumpulan Pelaksana

Gred 22 hingga 40 - RM5.00 (Lima Ringgit Sahaja)

iv) Kumpulan Pelaksana

Gred 1 hingga 21 - RM3.00 (Tiga Ringgit Sahaja)

3. Yuran bulanan bagi Ahli Bersekutu adalah seperti di para 2.

4. Ahli Gabungan dikecualikan dari membayar bayaran masuk menjadi ahli atau yuran bulanan tetapi dikenakan bayaran tahunan sebanyak RM50.00.

5. Bayaran pendaftaran dan yuran bulanan bagi ahli biasa hendaklah dijelaskan secara tunai atau boleh ditolak melalui potongan gaji bulanan jika dipersetujui oleh ahli.

 

Kelab Sukan & Kebajikan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan
maklumat yang dicapai daripada Laman Web ini. 
Hakcipta terpelihara @ 2013 - Kelab Sukan & Kebajikan(KSK),BHEUU, JPM 
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 9.0+ dengan resolusi 1280 x 1024