Jenis Ahli

Keahlian Kelab adalah seperti berikut:

i) Ahli Biasa -  Keahlian biasa Kelab terbuka kepada semua pegawai dan kakitangan di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan Jabatan-Jabatan di bawahnya di sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur.

ii) Ahli Seumur Hidup - Jawatankuasa Tadbir boleh mempelawa seseorang ahli biasa yang boleh memberikan kemanfaatan kepada Kelab sebagai Ahli Seumur Hidup dengan bayaran RM100.00 sekali gus. Ahli Seumur Hidup tidak boleh memegang apa-apa jawatan dalam kelab dan tidak boleh mengundi.

iii) Ahli Bersekutu - Seseorang yang pernah menjadi ahli biasa yang telah bertukar/bersara boleh dengan persetujuan Jawatankuasa Tadbir Kelab menjadi Ahli Bersekutu. Ahli Bersekutu tidak boleh memegang apa-apa jawatan dalam kelab dan tidak boleh mengundi.

iv) Ahli Gabungan -  Ahli Gabungan adalah terbuka kepada semua Kelab Sukan dan Kebajikan di pelbagai Jabatan di Bahagian Hal Ehwal Undang- Undang di luar dari Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur. Ahli Gabungan berhak melantik wakilnya untuk menghadiri Mesyuarat Agung dan berhak mengundi atau memegang jawatan dalam kelab ini.

 

Kelab Sukan & Kebajikan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan
maklumat yang dicapai daripada Laman Web ini. 
Hakcipta terpelihara @ 2013 - Kelab Sukan & Kebajikan(KSK),BHEUU, JPM 
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 9.0+ dengan resolusi 1280 x 1024