Pembubaran Kelab & Pelbagai

i)  Kelab ini tidak boleh dibubarkan melainkan dipersetujui tidak kurang daripada dua pertiga (2/3) jumlah ahli biasa yang berhak mengundi dalam satu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.

ii) Kenyataan Pembubaran kelab ini hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi Kelab dan semua ahli Jawatankuasa Tadbir dan seterusnya dikehendaki mengemukakan kepada pihak Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh Kelab dibubarkan.

iii) Sekiranya Kelab hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Kelab yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan.

 

PELBAGAI

i) Kuasa Pembuat Undang-Undang Kelab

a) Undang-Undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh enam puluh hari (60) dari tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan pindaan itu dan hanya boleh kuatkuasakan mulai dari tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

ii) Pengerusi

a) Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang secara automatik akan menjadi Pengerusi Kelab. Seandainya beliau tidak bersetuju atau tidak dapat menjadi Pengerusi Kelab, maka secara automatik Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (mengikut kekananan) dilantik sebagai Pengerusi.

iii) Penaung

a) Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang boleh dijemput menjadi penaung kelab ini secara bertulis.

iv) Pengauditan

a) Dua orang pemeriksa kira-kira yang tidak memegang jawatan dalam Jawatankuasa Tadbir hendaklah dipilih melalui mesyuarat agung tahunan setiap 2 tahun bagi menyemak, memeriksa dan mengesahkan kira-kira kewangan kelab dan hal-hal yang berkaitan.

b) Sekiranya terdapat kekosongan jawatan disebabkan perletakan jawatan, pertukaran, bersara atau kematian, Jawatankuasa Tadbir bolehlah melantik calon yang ketiga mendapat undi terbanyak dalam pemilihan yang lalu bagi mengisi kekosongan tersebut. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka Jawatankuasa Tadbir boleh melantik mana-mana ahli biasa kelab untuk memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

Kelab Sukan & Kebajikan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan
maklumat yang dicapai daripada Laman Web ini. 
Hakcipta terpelihara @ 2013 - Kelab Sukan & Kebajikan(KSK),BHEUU, JPM 
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 9.0+ dengan resolusi 1280 x 1024