Pentadbiran Am

i) Pentadbiran Kelab hendaklah diuruskan oleh satu Jawatankuasa Tadbir.

ii) Keanggotaan Jawatankuasa Tadbir Kelab adalah seperti berikut:

a) Seorang Pengerusi

b) Seorang Timbalan Pengerusi

c) Dua Orang Naib Pengerusi

d) Seorang Setiausaha

e) Seorang Penolong Setiausaha

f) Seorang Bendahari

g) 6 orang Ahli Jawatankuasa Tadbir Biasa yang dipilih semasa mesyuarat agong

h) Tidak lebih daripada 5 orang Ahli Jawatankuasa Tadbir Biasa yang dilantik

iii) Semua Ahli Jawatankuasa Kelab yang akan dilantik hendaklah warganegara Malaysia. Ahli Jawatankuasa Tadbir kecuali Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Penolong Setiausaha hendaklah dicadang, disokong dan dipilih dengan cara mengundi 2 (dua) tahun sekali oleh ahli-ahli melalui Mesyuarat Agung Tahunan Kelab.

iv) Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang secara automatik akan menjadi Pengerusi Kelab. Seandainya beliau tidak bersetuju atau tidak dapat menjadi Pengerusi Kelab, maka secara automatik Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (mengikut kekananan) dilantik sebagai Pengerusi.

v) Setiausaha dan Bendahari akan dilantik oleh Pengerusi semasa Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Kelab. Penolong Setiausaha dilantik daripada kalangan lima (5) Ahli Jawatankuasa Tadbir Biasa yang dipilih oleh Setiausaha.

vi) Jawatankuasa Tadbir boleh melantik tidak lebih dari 5 (lima) orang Ahli Jawatankuasa Tadbir Biasa.

vii) Jika seseorang Ahli Jawatankuasa Tadbir Biasa yang dipilih semasa mesyuarat agung telah meletak jawatan, bertukar, bersara atau meninggal dunia, calon yang kedua mendapat undi terbanyak dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka Jawatankuasa Tadbir boleh melantik mana-mana ahli biasa kelab untuk memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

Kelab Sukan & Kebajikan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan
maklumat yang dicapai daripada Laman Web ini. 
Hakcipta terpelihara @ 2013 - Kelab Sukan & Kebajikan(KSK),BHEUU, JPM 
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 9.0+ dengan resolusi 1280 x 1024