Pentadbiran Kewangan

1. Punca Kewangan Kelab ini adalah dari punca-punca seperti berikut :-

a) Bayaran pendaftaran menjadi ahli ;

b) Yuran bulanan menjadi ahli;

c) Derma dan tajaan yang sah dari segi Undang-undang dari mana- mana pihak sama ada persendirian ataupun badan tertentu dengan kebenaran dari pihak-pihak berkuasa berkenaan;

d) Hasil perniagaan kelab; dan

e) Sumber-sumber lain yang dibenarkan oleh undang-undang negara.

2.  Semua wang yang diterima dari punca-punca seperti 5.2.1. di atas hendaklah disimpan di dalam bank di atas nama kelab selewat-lewatnya tujuh hari selepas wang tersebut diterima. Semua wang kelab hendaklah digunakan untuk mencapai objektif kelab.

3. Tahun Kewangan kelab ini bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember tahun yang sama.

4. Pengeluaran wang melalui cek hendaklah ditandatangani oleh Bendahari dan Pengerusi atau Setiausaha.

5. Semua perbelanjaan tidak melebihi RM3,000.00 (Tiga Ribu Ringgit sahaja) boleh diluluskan oleh Pengerusi Kelab. Bagi perbelanjaan yang melebihi RM3,000.00 (Tiga Ribu Ringgit sahaja) sehingga RM30,000.00 (Tiga Puluh Ribu Ringgit Sahaja) hendaklah mendapat kelulusan Jawatankuasa Tadbir Kelab. Bagi perbelanjaan yang melebihi RM30,000.00 (Tiga Puluh Ribu ringgit sahaja) pada suatu masa hendaklah mendapat kelulusan mesyuarat agung terlebih dahulu.

6. Resit-resit rasmi hendaklah dikeluarkan kepada ahli apabila mereka menjelaskan bayaran pendaftaran menjadi ahli atau yuran bulanan atau apabila derma diterima dari mana-mana pihak. Resit-resit bagi maksud di atas hendaklah dikeluarkan kepada ahli dalam tempoh tujuh hari dari tempoh penyerahan wang.

Ahli-ahli yang tidak menerima resit rasmi mereka selapas tujuh hari dari tarikh penyerahan wang bolehlah membuat aduan kepada Bendahari.

Kelab Sukan & Kebajikan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan
maklumat yang dicapai daripada Laman Web ini. 
Hakcipta terpelihara @ 2013 - Kelab Sukan & Kebajikan(KSK),BHEUU, JPM 
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 9.0+ dengan resolusi 1280 x 1024