Tatatertib Kelab

i) Semua ahli adalah dikehendaki:-

a) Menjaga dan menghormati nama baik kelab dan tatatertib kelab

b) Menjelaskan yuran bulanan pada tarikh seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tadbir

ii) Ahli Kelab dan Kelab ini adalah ditegah dari menjalankan atau melakukan perkara-perkara seperti berikut:

a) Menghisap sebarang jenis dadah dan rokok di dalam rumah kelab

b) Membawa masuk perempuan-perempuan lucah dan orang-orang jahat ke dalam rumah kelab

c) Mengadakan kegiatan yang berunsur lucah, ganas, memeras dan sebagainya yang menyalahi undang-undang negara

d) Mencuba menghalang dengan apa cara juga menganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan Kesatuan Sekerja seperti yang diterangkan di dalam Ordinan Kesatuan Sekerja, 1959

e) Menjalankan loteri samada dikhaskan kepada ahli-ahli, atas nama Kelab atau pegawai-pegawainya atau Jawatankuasa Tadbir atau ahli tanpa kelulusan pihak berkuasa berkenaan.

f) Memberi atau membayar “Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966 kepada mana-mana ahli kelab.

g) Menganjur atau membenarkan sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang dimainkan di rumah kelab.

h) Bergabung atau mengadakan hubungan dengan apa-apa jua kegiatan politik atau mana-mana parti politik atau menggunakan nama kelab dalam apa jua isu-isu politik.

Kelab Sukan & Kebajikan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan
maklumat yang dicapai daripada Laman Web ini. 
Hakcipta terpelihara @ 2013 - Kelab Sukan & Kebajikan(KSK),BHEUU, JPM 
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 9.0+ dengan resolusi 1280 x 1024