KAJI SELIDIK AWAM MENGENAI CADANGAN PENGEHADAN TEMPOH JAWATAN PERDANA MENTERI KEPADA TIDAK MELEBIHI 10 TAHUN (ORANG AWAM)
Kaji Selidik Awam ini dilaksanakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri bertujuan untuk tinjauan pandangan dan input orang awam berkaitan cadangan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak melebihi 10 Tahun sebagai suatu inisiatif kerajaan untuk memperkukuhkan mekanisme semak dan imbang (check and balance) dalam sistem pentadbiran negara.
 
Kaji selidik ini mengandungi 7 soalan dan responden perlu menjawab setiap soalan sebelum menjawab soalan seterusnya.
You have completed 0% of this survey
0%
100%
* 1. Baru-baru ini, Kerajaan mencadangkan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak melebihi 10 tahun. Adakah anda bersetuju supaya tempoh perkhidmatan Perdana Menteri dihadkan kepada tidak melebihi 10 tahun?
Pilih SATU dari jawapan yang diberi
* 2. Adakah Jemaah Menteri perlu meletak jawatan bersama dengan Perdana Menteri sekiranya tempoh perkhidmatan Perdana Menteri telah mencapai tempoh 10 tahun
Pilih SATU dari jawapan yang diberi
* 3. Adakah Perdana Menteri yang telah meletakkan jawatan dibenarkan untuk menjawat semula jawatannya jika tempoh perkhidmatannya belum mencukupi 10 tahun?
Pilih SATU dari jawapan yang diberi
* 4. Adakah Perdana Menteri yang telah tamat tempoh perkhidmatan selama 10 tahun sebelum pengenalan undang-undang ini tidak boleh dilantik semula sebagai PM di suatu masa yang akan datang?
Pilih SATU dari jawapan yang diberi
* 5. Adakah perlu dihadkan umur bagi pelantikan seseorang Perdana Menteri?
Pilih SATU dari jawapan yang diberi
* 6. Apakah anda lebih cenderung untuk tempoh perkhidmatan Perdana Menteri melibatkan 2 penggal atau tidak melebihi 10 tahun?
Pilih SATU dari jawapan yang diberi
7. Sila nyatakan pandangan atau pendapat anda berhubung cadangan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak melebihi 10 tahun.