KAJI SELIDIK AWAM BERKAITAN CADANGAN MEWUJUDKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PARLIMEN DAN PINDAAN TERHADAP AKTA MAJLIS PARLIMEN 1952 [AKTA 347]

Kaji Selidik Awam ini dilaksanakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri bertujuan untuk tinjauan pandangan dan input ahli Parlimen (Dewan Rakyat/Dewan Negara), ahli akademik, parti-parti politik,  NGO, CSO dan lain-lain berkaitan cadangan mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen dan Pindaan terhadap Akta Majlis Parlimen 1952 [Akta 347]. Ia merupakan satu usaha transformasi Parlimen melalui agenda penambahbaikan struktur pentadbiran serta kerangka perundangan agar konsep pengasingan kuasa dapat direalisasikan. Kaji selidik ini mengandungi 8 soalan dan responden perlu menjawab setiap soalan sebelum menjawab soalan seterusnya.