SOAL SELIDIK AWAM TERHADAP CADANGAN PENGGUBALAN AKTA KEBEBASAN MAKLUMAT DI MALAYSIA

Soal selidik ini dilaksanakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dan bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas orang awam mengenai cadangan penggubalan Akta Kebebasan Maklumat di Malaysia.

Kerajaan sedang dalam proses mempertimbangkan supaya suatu Akta Kebebasan Maklumat digubal di Malaysia. Matlamat utama Kerajaan adalah untuk memastikan akses orang ramai kepada maklumat lebih terbuka dan telus.

Borang soal selidik ini dibahagikan kepada 4 Bahagian dan mengandungi 16 soalan yang merangkumi soalan-soalan tertutup dan terbuka. Soal selidik ini hanya perlu dijawab oleh mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.

Kerjasama anda dalam melengkapkan soal selidik ini amatlah dihargai.

Selamat menjawab!