Page 19
P. 19

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN EKSA BHEUU




4.3 Amalan Hijau
Penekanan turut diberikan pada aspek Amalan Hijau di
pejabat dengan melaksanakan program seperti kitar
semula dan meningkatkan kecekapan penggunaan
tenaga ke arah penjimatan sumber. Aktiviti Amalan
Hijau menjadi panduan kepada keseluruhan warga
BHEUU ke arah penggunaan sumber secara optimum.

4.4 Persekitaran Kondusif
Persekitaran kondusif adalah penting dalam
memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi
dan inovatif. Amalan EKSA membantu warga BHEUU
dalam menggalakkan penekanan kepada penyampaian
sistem perkhidmatan yang berkualiti tinggi, mesra dan
memberi keselesaan kepada pelanggan semasa
berurusan. Disamping itu, amalan EKSA dapat
memberikan makna kepada sesuatu sistem yang
diperkenalkan dan menempatkan peralatan di tempat
yang boleh mengoptimumkan penggunaannya.

4.5 Kepelbagaian
EKSA memperkenalkan model penilaian dan
pengauditan baharu yang merangkumi kriteria generik
dan khusus dengan mengambil kira kepelbagaian
premis jabatan/agensi kerajaan mengikut jenis
perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan yang
dipraktikkan sebelum ini iaitu one size fits all didapati
kurang mencakupi keperluan kepelbagaian jabatan/
agensi kerajaan pada masa kini.








“Amalan EKSA Menjana Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi” | 19
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24