LAWATAN PENANDA ARAS EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) BHEUU
Putrajaya, 16 Mei – Lawatan Penanda Aras EKSA ke Bahagian GST, Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Menara Tulus, Presint 3, Putrajaya telah diadakan pada 16 Mei 2016 (Isnin). Lawatan ini telah dianjurkan oleh Unit Inovasi, BHEUU. Seramai 34 orang peserta terdiri dari Ketua Juruaudit Dalam EKSA, Juruaudit-juruaudit Dalam EKSA, Fasilitator dan Ketua-ketua Zon EKSA BHEUU telah menghadiri lawatan ini. Objektif lawatan ini adalah untuk melihat pelaksanaan EKSA di Jabatan berkenaan.
Ucapan alu-aluan daripada Puan Norizan binti Ramli
Naib Pengerusi EKSA
Lawatan ke Zon EKSA Bahagian GST Aras 3 dan 5, Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia
Sesi penyampaian cenderahati kepada Naib Pengerusi EKSA Bahagian GST, Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia oleh Puan YM Raja Suzilawati binti Raja Hasan, Fasilitator EKSA BHEUU
Sesi bergambar peserta-peserta Lawatan Penanda Aras EKSA BHEUU bersama pegawai-pegawai daripada Bahagian GST, Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia