• Home
  • EKSA BHEUU
  • Perutusan Pengerusi

Perutusan Pengerusi

photo 

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Syukur ke hadrat Ilahi, atas limpah nikmat dan kurniakan, BHEUU telah berjaya melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Sejak dari peringkat awal, Jawatankuasa EKSA BHEUU sedar betapa usaha untuk melaksanakan misi yang diamanahkan ini perlu mendapat penglibatan secara menyeluruh warga BHEUU.  Selaras dengan Garis Panduan EKSA Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jawatankuasa Pemandu EKSA mengharapkan kerjasama berterusan daripada semua pihak untuk meneruskan usaha-usaha bagi menjayakan EKSA di organisasi ini.

Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Encik Mohd Yusoff Bin Aman, mantan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) di atas usaha-usaha beliau sebelum ini sehingga BHEUU mendapat pensijilan EKSA kategori CEMERLANG daripada MAMPU.

 

YBrs. Encik Zahrollail bin Zainal
Pengerusi Jawatankuasa Pemandu EKSA
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang