Bengkel Pemurnian Garis Panduan EKSA

BENGKEL PEMURNIAN GARIS PANDUAN

EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG

 

PUTRAJAYA  28 September – Bengkel Pemurnian Garis Panduan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) telah diadakan selama dua hari bermula pada 27 – 28 September 2017 dengan jayanya. YBrs. Tuan Harun bin Jantan daripada Bahagian GST, Ibu Pejabat Jabatan Kastam DiRaja Malaysia telah dijemput sebagai penceramah semasa sesi bengkel tersebut.

Bengkel ini juga telah dihadiri oleh lima puluh tiga (53) peserta yang terdiri daripada Pengarah-Pengarah Seksyen, Jawatankuasa Latihan, Jawatankuasa Audit Dalam EKSA, Jawatankuasa Promosi dan ketua-ketua sektor yang dilantik.

Tujuan BHEUU menganjurkan bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua yang hadir sekaligus meningkatkan kemahiran serta mendapatkan penglibatan secara menyeluruh dari semua pihak dalam penambahbaikan Garis Panduan EKSA BHEUU.

Adalah menjadi harapan BHEUU agar Garis Panduan ini dijadikan  panduan kepada warga BHEUU dalam mengamalkan EKSA seharian. Dalam masa yang sama. Ia boleh dijadikan platform untuk mendapatkan pensijilan EKSA dari Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada tahun ini.

 

 

 

 

Perasmian bengkel oleh  Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) BHEUU

 

 

Sesi perkongsian ilmu oleh penceramah

 

Sesi perbincangan dalam kumpulan

 

 

Sesi perbincangan dalam kumpulan

 

 

Sesi pembentangan oleh setiap kumpulan

 

Sesi bergambar dengan peserta  bersama penceramah