Kursus Pengauditan EKSA

  • KURSUS PENGAUDITAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DI PERINGKAT BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG

 

PUTRAJAYA  5 Mei – Kursus Pengauditan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Peringkat Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) telah diadakan selama dua hari bermula pada 4 – 5 Mei 2017 dengan jayanya. YBrs. Tuan Harun bin Jantan daripada Bahagian GST, Ibu Pejabat Jabatan Kastam DiRaja Malaysia telah dijemput sebagai penceramah semasa sesi kursus tersebut.

Kursus ini juga telah dihadiri oleh empat puluh dua (42) peserta yang terdiri daripada Jawatankuasa Latihan, Jawatankuasa Audit Dalam EKSA, Jawatankuasa Promosi dan ketua-ketua sektor yang dilantik.

Inisiatif BHEUU menganjurkan kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua yang hadir sekaligus meningkatkan kemahiran serta kecekapan Jawatankuasa Audit BHEUU dalam merancang, menilai dan melaporkan dapatan audit EKSA.

Adalah menjadi harapan BHEUU untuk mendapatkan pensijilan EKSA dari Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada tahun ini dengan penerapan nilai-nilai EKSA hasil dari kursus tersebut.

 

Sesi taklimat dan perkongsian ilmu oleh penceramah

 

 

Sesi pembentangan dapatan pengauditan BHEUU

 

Sesi Soal Jawab bersama penceramah

 

Penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) BHEUU

 

Sesi bergambar dengan peserta kurus bersama penceramah