SESI KUNJUNGAN PRASARANA MALAYSIA BERHAD (PRASARANA) KE BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG (BHEUU), JABATAN PERDANA MENTERI

SESI KUNJUNGAN PRASARANA MALAYSIA BERHAD (PRASARANA) KE BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG (BHEUU), JABATAN PERDANA MENTERI 

 

PUTRAJAYA  28 September – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah berkesempatan berkunjung ke BHEUU bagi membincangkan kerjasama antara jabatan kerajaan dan badan korporat dalam memperkukuh mutu Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di BHEUU dengan menjadikan Prasarana sebagai penanda aras badan korporat susulan kejayaan Prasarana memperoleh pensijilan 5s daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC) pada tahun 2019.


BHEUU dijangka akan membuat lawatan sambil belajar ke Prasarana pada pertengahan September 2020 untuk mempelajari kaedah-kaedah dan strategi yang dilaksanakan oleh Prasarana dalam mematuhi piawai yang ditetapkan untuk pensijilan 5s.

 

Sesi fotografi antara para pegawai Prasarana dan BHEUU pada 5 Mac 2020