Festival Nasyid Anjuran JPM tahun 1430H/2009M
Kelab Sukan dan Kebajikan BHEUU melalui Kumpulan Nasyid Al-Raudhah telah menyertai Festival Nasyid anjuran JPM yang telah diadakan pada 30 April 2009 bertempat di Auditorium Jabatan Perdana Menteri. Seramai 20 kumpulan Nasyid seluruh JPM telah menyertai festival tersebut termasuk kumpulan Nasyid BHEUU yang disertai oleh 6 orang pegawai-pegawai berikut:-
- Cik Nur Taqiyyah Bte Mohd Kamil
- Cik Noor Hafizah Bte Zainal
- Cik Nurulhuda Bte Mahat
- Puan Normazliana Bte Ahmad
- Cik Asyura Bte Hassan
- Puan Idayu Bte Abdul Manaf
Walaupun tidak memenangi kejohanan tersebut, tetapi semangat yang ditunjukkan adalah sangat bagus dan boleh diteruskan pada masa akan datang. Syabas diucapkan kepada pasukan Nasyid Al-Raudhah.