Bagaimana Menjadi Ahli
PERATURAN MENJADI AHLI
i) Semua pegawai dan kakitangan yang berkhidmat dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan Jabatan-Jabatan di bawahnya di sekitar Wilayah Persekutuan boleh menjadi ahli kelab dengan menggunakan borang-borang permohonan yang ditentukan oleh kelab.
ii) Semua badan sukan di Jabatan-Jabatan di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di luar Wilayah Persekutuan yang ingin menjadi kelab gabungan boleh membuat permohonan secara bertulis kepada Pengerusi kelab.
iii) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli biasa atau gabungan hendaklah diluluskan oleh Jawatankuasa Tadbir