Kejohanan Bowling Berpasukan Lelaki/Perempuan KSK BHEUU
Tarikh : 4 Julai 2009
Tempat : Pusat Bowling ARL Alamanda, Putrajaya
Penyertaan : Sebanyak 26 pasukan yang menyertai pertandingan
Tujuan diadakan kejohanan Bowling adalah untuk menanamkan semangat kesukanan dan merapatkan hubungan silaturrahim di antara ahli KSK BHEUU, BBG dan JIM. Selain itu kejohanan tersebut juga diharapkan dapat mencungkil bakat-bakat kakitangan dalam permainan bowling dan boleh diketengahkan dalam pertandingan anjuran MAKSAK/MAKSWIP dan lain-lain kejohanan.
Pemenang Kategori Lelaki (Berpasukan):
Pertama : Lu Fikirlah Sendiri
Kedua : Tak Kisah la Bro
Ketiga : Boleh Makan Punya
Pemenang Kategori Wanita (Berpasukan):
Pertama : V – WILL - WIN
Kedua : Power Puff Girl
Ketiga : Rafflesia