MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI JABATAN PERDANA MENTERI 2010
Majlis Sambutan Hari raya Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri telah diadakan pada 21 September 2010 bersamaan dengan 12 Syawal 1431H, bertempat di dewan Perdana PICC, Putrajaya.
Kelab Sukan dan Kebajikan BHEUU telah mengambil bahagian dalam penyediaan gerai bagi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang. Menu bagi gerai BHEUU adalah Satay.
Gerai BHEUU yang diberi nama satay 1M telah diumumkan sebagai tempat pertama/johan dalam pertandingan gerai tercantik. Sebanyak 48 gerai iaitu agensi di bawah JPM telah menyertai pertandingan tersebut.