Page 5
P. 5
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN EKSA BHEUU
Sekapur Sireh
ﻪﺘﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍ ﺔﻤﺤﺮﻮ ﻢﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Syukur ke hadrat Ilahi, atas limpah nikmat dan kurniakan, BHEUU telah berjaya
menerbitkan Buku Panduan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
Sejak dari peringkat awal, Jawatankuasa EKSA BHEUU sedar betapa usaha untuk
melaksanakan misi yang diamanahkan ini perlu mendapat penglibatan secara
menyeluruh warga BHEUU. Selaras dengan Penerbitan Garis Panduan EKSA
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang ini, Jawatankuasa Pelaksanaan EKSA sekali
lagi mengharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk meneruskan usaha-
usaha bagi menjayakan EKSA di organisasi ini.
Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YBrs
Encik M.Kamroldin bin Hitam, mantan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) di
atas usaha-usaha beliau sebelum ini dalam menjayakan Amalan EKSA di BHEUU.
YBrs. Encik Mohd Yusoff bin Aman
Pengerusi
Jawatankuasa EKSA
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri
“Amalan EKSA Menjana Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi” | 5