Page 7
P. 7
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN EKSA BHEUU
BAB
2
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR
AWAM (EKSA)
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diperkenalkan
mulai Ogos 2015 di BHEUU sebagai inisiatif penjenamaan
semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira
keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja
yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada
Bahagian ini.
Langkah penjenamaan semula ini adalah selaras dengan
Panduan Pelaksanaan EKSA yang dikeluarkan oleh Unit
Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU).
Penjenamaan semula ini sesuai dan seiring dengan perubahan
dan kehendak semasa bagi meningkatkan prestasi dan daya
saing organisasi, di samping menyemarakkan lagi budaya
kreatif dan inovatif dalam kalangan warga BHEUU.
MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambah baik
pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula sebagai
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dengan mengekalkan
prinsip amalan 5S, iaitu Seiri (Sisih), Seiton (Susun), Seiso
(Sapu), Seiketsu (Seragam) & Shitsuke (Sentiasa Amal).
“Amalan EKSA Menjana Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi” | 7