Penasihat PUSPANITA BHEUU

Tahniah dan syabas diucapkan kepada ahli-ahli PUSPANITA Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membangunkan laman web ini. Saya amat berbangga dengan komitmen yang diberikan oleh semua ahli dalam menjayakan hasrat untuk wujud di ruang siber ini seiring dengan hasrat kerajaan dalam modenisasi pentadbiran dan peningkatan teknologi.
Saya amat berharap agar laman web ini dimanfaatkan secara optimum oleh ahli-ahli PUSPANITA BHEUU, JPM dan pengunjung-pengunjung laman web ini sebagai medium untuk menyampaikan informasi terkini. Semoga dengan adanya laman web ini akan menyumbang kepada peningkatan mutu kerja dan melahirkan warga yang gigih, dedikasi dan berintegriti tinggi.
Assalamualaikum w.b.t, Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa
Tahniah dan syabas diucapkan kepada ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) kerana membangunkan laman web ini. Saya amat berbangga dengan komitmen dan sokongan yang diberikan oleh semua ahli dalam menggunakan platform ruang siber ini sebagai medium perantaraan dan perkongsian maklumat antara ahli. Saya amat berharap agar laman web ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil BHEUU dan pengunjung-pengunjung laman web ini. Semoga dengan adanya laman web ini akan menyumbang kepada peningkatan mutu kerja dan melahirkan warga yang gigih, dedikasi dan berintegriti tinggi.
YBHG. DATUK HAJI MOHD RABIN BIN BASIR
PENASIHAT
PUSPANITA CAWANGAN KECIL
BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG
JABATAN PERDANA MENTERI
25 OGOS 2021