Pengerusi PUSPANITA BHEUU

Datin Mariam1R3

  

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia.
 

 

Selamat datang ke laman web PUSPANITA Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya laman web ini dapat dibangunkan sebagai medium perkongsian ilmu dan informasi terkini di kalangan ahli PUSPANITA BHEUU, JPM. Saya ingin menyampaikan jutaan penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa dan ahli-ahli PUSPANITA BHEUU, JPM kerana dedikasi yang diberikan untuk membangunkan laman web ini. Semoga dengan adanya laman web ini dapat menyumbang kepada hasrat bagi mengeratkan lagi hubungan dan silaturahim antara ahli
Besarlah harapan saya agar ahli PUSPANITA BHEUU akan meneruskan usaha gigih dan sokongan padu yang telah diberikan sebelum ini untuk memastikan laman web ini sentiasa menjadi medium perantaraan yang berkesan dalam penyampaian informasi terkini dan aktiviti yang diadakan oleh PUSPANITA BHEUU pada masa akan datang.
Semoga maklumat yang dipaparkan dalam laman web ini dapat dimanfaatkan oleh semua pengunjung yang melayari laman web PUSPANITA BHEUU, JPM
Wassalam.
“ WANITA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT ”
 Assalamualaikum w.b.t dan Salam Malaysia Madani
 
Selamat datang ke laman web PUSPANITA Cawangan Kecil Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU). Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya laman web ini wujud sebagai medium perkongsian ilmu dan informasi terkini dalam kalangan ahli PUSPANITA Cawangan Kecil BHEUU. Setinggi penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kecil BHEUU kerana dedikasi yang diberikan untuk mengemas kini laman web ini dari semasa ke semasa. Semoga laman web ini dapat mengeratkan lagi hubungan dan silaturahim antara ahli.
 
Pada masa yang sama saya berharap agar semua ahli PUSPANITA Cawangan Kecil BHEUU akan mendapat manfaat berterusan dengan wujudnya laman web ini sebagai medium perantaraan yang berkesan dalam penyampaian informasi terkini dan aktiviti yang akan diadakan oleh PUSPANITA Cawangan Kecil BHEUU pada masa akan datang. 
 
Saya turut mengalu-alukan sebarang komen dan idea bagi menambah baik kandungan laman web ini.

  

“ WANITA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT ”
 

 

YBHG. DATIN SRI MARIAM BINTI ISMAIL

PENGERUSI

PUSPANITA CAWANGAN KECIL

BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG

JABATAN PERDANA MENTERI

 

 


PUSPANITA Cawangan Kecil BHEUU tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hakcipta terpelihara @ 2016 - PUSPANITA BHEUU JPM