Tabung Latihan PUSPANITA
Tabung Latihan PUSPANITA (TLP) telah ditubuhkan pada tahun 1998. Tabung ini telah dilancarkan pada 7 Ogos 1998 oleh Y.A.Bhg. Tun Dr. Siti Hasmah Hj. Mohd. Ali selaku Penaung PUSPANITA Kebangsaan pada masa itu. Kemudahan TLP ini adalah untuk kegunaan ahli dan anak-anak ahli PUSPANITA. Tabung ini ditubuhkan adalah untuk memberi bantuan kewangan dalam sektor pendidikan kepada ahli dan anak-anak ahli PUSPANITA yang layak.
Objektif Tabung Latihan PUSPANITA: a) Tabung ditubuhkan untuk latihan dan kebajikan semua pelajar Malaysia tanpa mengira agama, kaum dan keturunan.b) Tujuan-tujuan Tabung adalah seperti berikut:
a) Bantuan Kewangan Pendaftaran b) Bantuan Insentif Pelajar Cemerlang c) Subsidi Pembangunan Kerjaya Anak-Anak Ahli
4.1 Bantuan Kewangan Pendaftaran a) Permohonan adalah terbuka kepada ahli PUSPANITA yang telah menjadi ahli sekurang-kurangnya dua (2) tahun. Kemudahan ini turut dipanjangkan kepada anak-anak ahli; b) Keutamaan akan diberikan kepada ahli-ahli yang aktif didalam persatuan; c) Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Tabung Latihan PUSPANITA (BRG.TLP/1.09) yang boleh dimuat turun (download) melalui laman web PUSPANITA http://www.puspanita.org.my; d) Jumlah pendapatan keluarga tidak melebihi RM7,000.00; e) Pengajian adalah diperingkat Sijil/ Matrikulasi/ Diploma/ Ijazah di institusi-institusi terpilih seperti senarai di Jadual 1; f) Permohonan hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada satu (1) bulan mulai tarikh pendaftaran di IPTA dan lain-lain institusi yang telah diluluskan oleh Tabung Latihan PUSPANITA; g) Permohonan hendaklah dibuat melalui Cawangan Kementerian/ Negeri; dan h) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan: i) Kad Ahli; ii) Resit Keahlian Terkini; iii) Kad Pengenalan Anak; iv) Sijil Kelahiran Anak; v) Slip gaji terkini dan penyata bank/ kad pencen ahli; vi) Surat Tawaran daripada institusi; vii) Resit Pembayaran Pendaftaran; viii) Muka hadapan buku akaun ahli/ slip pengesahan bank; * Mana yang berkaitan. 1) Salinan dokumen-dokumen tersebut hendaklah disahkan oleh: i) Pengerusi PUSPANITA Jabatan/ Cawangan; atau ii) Setiausaha PUSPANITA Jabatan/ Cawangan; atau iii) Pegawai Kerajaan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional dari Jabatan/ Cawangan masing- masing; atau iv) Penghulu/ Penggawa/ Ketua Kampung. 4.2 Bantuan Insentif Pelajar Cemerlang a) Permohonan adalah terbuka kepada semua ahli PUSPANITA yang telah menjadi ahli sekurang-kurangnya dua (2) tahun. Kemudahan ini turut dipanjangkan kepada anak-anak ahli; b) Keutamaan akan diberikan kepada ahli-ahli yang aktif di dalam persatuan; c) Bantuan Insentif ini diberikan hanya bagi pengajian peringkat Sijil/ Diploma/ Ijazah yang memperolehi CGPA 3.50 dan ke atas di institusi-institusi terpilih seperti senarai di Jadual 1; d) Tiada had pendapatan ibu bapa; e) Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Tabung Latihan PUSPANITA (BRG.TLP/1.09) yang boleh dimuat turun (download) melalui laman web PUSPANITA http://www.puspanita.org.my; f) Permohonan hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada satu (1) bulan mulai tarikh keputusan peperiksaan akhir dimaklumkan; g) Permohonan hendaklah dibuat melalui Cawangan Kementerian/ Negeri; h) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan: i) Kad Ahli; ii) Resit Keahlian Terkini; iii) Kad Pengenalan Anak; iv) Sijil Kelahiran Anak; v) Surat Akuan Tamat Pengajian daripada Institusi; vi) Keputusan peperiksaan akhir; vii) Muka hadapan buku akaun ahli/ slip pengesahan bank; 1) Salinan dokumen-dokumen tersebut hendaklah disahkan oleh: i) Pengerusi PUSPANITA Jabatan/ Cawangan; atau ii) Setiausaha PUSPANITA Jabatan/ Cawangan; atau iii) Pegawai Kerajaan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional dari Jabatan/ Cawangan masing- masing; atau iv) Penghulu/ Penggawa/ Ketua Kampung. 4.3 Subsidi Pembangunan Kerjaya a) Permohonan adalah terbuka kepada semua Cawangan Kementerian dan Cawangan Negeri yang telah berdaftar; b) Subsidi Pembangunan Kerjaya Tabung Latihan PUSPANITA hanya diberikan kepada program dan aktiviti yang berbentuk pembangunan kerjaya kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dan ke atas sahaja; c) Ibu bapa dibenarkan untuk turut serta dalam aktiviti dan program yang dianjurkan; d) Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Disember bagi setiap tahun; e) Permohonan yang diterima lewat daripada tarikh yang telah ditetapkan tidak akan diproses; f) Permohonan terbuka untuk program yang dianjurkan oleh Cawangan Kementerian/ Negeri sahaja; g) Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar Kertas Cadangan kepada Setiausaha Jawatankuasa Kerja Tabung Latihan PUSPANITA. Kertas Cadangan tersebut haruslah mengandungi maklumat-maklumat berikut : i) Nama Cawangan Kementerian/ Negeri; ii) Tajuk Program; iii) Objektif / Tujuan Program; iv) Bilangan Peserta dan Kumpulan Sasaran Yang Mengikuti Program; v) Penceramah Jemputan; vi) Maklumat Aktiviti: vii) Atur cara Program; viii) Implikasi Kewangan; ix) Tandatangan Pengerusi atau Setiausaha Cawangan Kementerian/ Negeri; x) Format Kertas Cadangan seperti berikut: (Contoh Kertas Cadangan seperti di Lampiran (Menu Muat Turun)) h) Semua Cawangan Kementerian dan Negeri yang telah berjaya mendapat Subsidi, perlu mengemukakan laporan penuh aktiviti/ program kepada Setiausaha Jawatankuasa Kerja Tabung Latihan PUSPANITA selepas dua (2) minggu dianjurkan. Laporan tersebut mestilah mengandungi laporan kewangan yang melibatkan pelbagai perbelanjaan serta dilampirkan semua resit dan invois yang berkaitan.
5.2 PUSPANITA berhak untuk membuat sebarang perubahan kepada syarat dan kriteria tanpa perlu mengemukakan sebarang notis terlebih dahulu; 5.3 PUSPANITA berhak menarik balik bantuan sekiranya didapati pemohon memberi maklumat palsu; dan 5.4 PUSPANITA berhak menolak permohonan yang tidak lengkap, tidak menepati garis panduan, dan tidak memenuhi syarat kelayakan sebagaimana yang telah dinyatakan di atas.
Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar Borang Permohonan Bantuan Kewangan Pendaftaran/ Borang Permohonan Insentif Pelajar Cemerlang/ Kertas Cadangan ke alamat berikut: